Ledakan alga
Ledakan alga

Ledakan alga

Ledakan alga atau kembangan alga (algae bloom) adalah peningkatan pesat taburan alga terutamanya yang jenis sel tunggal[1] dalam sistem air-air tawar (seperti sungai dan tasik) atau yang masin (seperti di laut); peningkatan ini sering dikenal pasti dari perubahan warna dalam jasad air yang diperhatikan kerana padatnya pigmen dalam alga.[2] Pertambahan ini disebabkan nutrien berlebihan seperti nitrogen atau fosforus dari sumber luar misalnya sisa baja atau kumbahan yang tersalur memasuki jasad-jasad air ini.[2]Keadaan ini boleh menjejaskan ekosistem sekitar di mana kepadatan bilangan alga boleh menghalang cahaya matahari daripada sampai organisma lain, menurunkan kadar oksigen dalam air malah adakala juga melepaskan toksin berbahaya ke dalam air lalu boleh membahayakan haiwan atau ekologi termasuk menyebabkan kematian ikan ternakan dan penjejasan bekalan air petempatan.